Kenali Siklus Seksual Pasangan Anda

Terdapat dua perubahan secara fizik yang harus dialami oleh tubuh jika seseorang wanita mengalami orgasme. Yang pertama adalah vasocongestion, iaitu darah berkumpul di dalam payudara dan alat kelamin. Hal ini mengakibatkan payudara dan alat kelamin menjadi lebih besar, tubuh terasa hangat atau panas bila disentuh, perubahan warna payudara dan alat kelamin, dan pelumasan vagina.

Yang kedua adalah myotonia. Atau ketegangan otot-otot saraf (neuromuscular), maka terbentuknya tenaga atau kekuatan di hujung-hujung saraf dan otot-otot dari seluruh tubuh. Myotonia merupakan ketegangan seksual yang dikaitkan dalam saranan masturbasi bagi para wanita yang pra orgasme. Myotonia bukan ketegangan yang buruk yang dialami sebagai akibat dari perasaan negatif.

Anda mungkin mengalami myotonia yang kuat kerana merasakan penuh atau keeratan dalam tubuh anda sebelum orgasme, titik di mana tidak mampu kembali. Beberapa wanita sendiri ketika berhadapan dengan myotonia yang kuat tidak mampu membiarkan diri mereka sendiri lebih jauh, lalu melepaskannya, dan oleh kerana itulah yang menyebabkan mereka tidak mengalami orgasme.

Harus dicatat bahawa beberapa penyakit, ubat, atau penyakit yang mempengaruhi aliran darah, otot-otot, atau saraf-saraf boleh membatasi atau mencegah myotonia dan vasocongestion. Jika anda tidak mampu mengalami myotonia dan vasocongestion, anda mungkin tidak dapat mengalami ghairah seksual dan orgasme.

Jika anda mempunyai satu penyakit atau penyakit yang secara langsung mempengaruhi sistem peredaran, saraf-saraf, atau sistem otot, anda mungkin akan mengalami orgasme lemah. Jika anda telah didiagnosis dengan salah satu dari hal-hal ini, dan anda merasa bahawa anda tidak dapat mengalami ghairah seksual, atau hanya dalam satu cara yang terbatas, mintalah nasihat dari doktor.

Read more...

5 Saranan Profesional Berkaitan Hubungan Seksual

Mewujudkan hubungan seksual yang romantis dan memuaskan sebenarnya cukup mudah, asalkan anda tahu apa yang harus dilakukan bersama pasangan anda. Namun ramai pasangan hanya menjalankan hubungan seksual itu seadanya sahaja. Akhirnya gred hubungan seksual itu secara perlahan-lahan menurun seiring dengan lamanya hubungan yang dijalani.

Untuk mewujudkan hubungan seksual yang memuaskan, selain memerlukan kesihatan diri dan pengetahuan seksual, ada beberapa hal juga yang perlu dilakukan oleh anda dan pasangan. Berikut ada beberapa saranan yang boleh dilakukan agar hubungan seksual anda berdua semakin mantap. Setidaknya, ini menurut para pakar seksual. Mahu tahu? Semak di bawah ini.

01 Latihan

Hubungan seksual juga perlu latihan. Anda dan pasangan perlu terus berlatih sambil menikmati kenikmatannya. Jika anda melakukan satu posisi seks, variasikanlah posisi seks tersebut dengan beberapa perubahan gerak. Avodah Offit, penulis buku The Sexual Self menyatakan variasi posisi seks perlu dilakukan untuk membuat pasangan semakin berghairah ketika melakukan hubungan seksual. “Cuba konsentrasikan perasaan anda berdua, rasakan perubahan tekanan pada setiap gerak yang dilakukan oleh pasangan anda. Dengan begitu, anda akan menemukan sendiri posisi mana yang paling tepat dan memberi sensasi yang paling maksimum dari satu posisi,” ujar Offit.

02 Dry Humping

Kalau biasanya anda melakukan hubungan seksual dalam keadaan berbogel, cuba lakukan sebaliknya. sesekali cuba lakukan hubungan seksual sambil berpakaian. Misalnya pakaian kerja, pakaian pesta, pakaian senaman, atau bahkan pakaian dalaman. Setidaknya, demikian saranan seorang terapi seks Joel D Block, dalam bukunya Secrets of Better Sex.

03 Jangan Pasif

Hindari sikap pasif ketika berhubungan. Hubungan seksual yang pasif, membakar kurang 300 kalori tubuh anda. “Aktiviti seksual juga merupakan bentuk latihan fizik,” ungkap Dr Michael Cirigliano, seorang pakar dari School of Medicine, University of Pennsylvania. Tentunya, selain kenikmatan yang anda dapatkan, anda juga boleh nampak segar.

04 Persediaan

Perlu adanya persediaan ketika hendak melakukan hubungan seksual. Membersihkan diri adalah salah satu persediaan yang boleh dilakukan. Sediakan juga situasi tempat di mana anda akan melakukannya nanti. Setelah itu, cuba lakukan pembukaan dengan hal-hal yang ringan seperti menonton filem-filem romantis. Ini kerana filem-filem romantis ternyata mampu membangkitkan ghairah seksual wanita yang terpendam, menurut Dr Jade Sheen, pakar psikologi dari Universiti Deakin.

05 Surat & Cerita Seks

Cuba adakan permainan seksual dengan pasangan anda. Salah satunya adalah dengan mengirim surat yang memuat tulisan dari hasrat seksual anda yang menggebu. Surat seks yang anda tujukan pada pasangan anda itu mampu membuatkan pasangan anda menyedari bahawa anda sedang menginginkannya saat itu. Teknik ini dipelopori oleh penulis buku Mars and Venus in The Bedroom, John Gray.

Read more...

Pendidikan Seksual

Read more...

  

Back to TOP